92. puasa tempat orang
Alhamdulillah the first day of Ramadhan has been easy, walaupun dihidangkan dengan perkara pelik sewaktu sahurnya. Budak2 lelaki seronok gelakkan aku sebab benda tu, suka benar diorang mengusik segala benda awkward ni. Huhuhu.
Seronok jugak puasa kat tempat orang ni. Lagi2 sekarang winter, tenang je rasa puasanya. Tak panas menggeletik. Tak tercarik2 air soya cincau bila tengah hari. Kurang rasa lapar, kurang rasa penat. Tapi tu pendapat aku lah. Pasal makan, aku tak cerewet sangat. Sebab kalau kat Johor pun hari2 beli nasi lemak ayam je. Kalau tak dapat yang kat Bazaar Larkin, beli kat Plaza Larkin. Huahahaha. Pendek kata memang tak cerewet sangat pasal makan. Tapi kawan2 lain rindu la makanan kat rumah masing2 bulan puasa ni.
Mama poskan aku serunding ayam. Selama ni aku tak pernah pun makan serunding, tapi mak memang tiap2 tahun belikan, sebab 1) memang favorite mak dan Along, 2) mak nak aku cuba jugak rasa serunding. Akhirnya usaha mak tahun ni berjaya. Aku mula makan serunding ayam. Nasib baik sedap. Hohoho. Serunding dirasmikan sewaktu buka semalam, sampaikan Dexter (budak Sarawak) yang tak puasa pun nak jugak ((: Mama poskan juga baju raya dua pasang. Aku tiap2 hari terfikir, bila lah aku nak pakai baju kurung dua pasang ni -__-"
Benda lain yang mama kirim yang buat aku teruja adalah Choki Choki. Kat sini tak ada Choki Choki, sedih! Dah la chocolate favorite aku (selepas Kinder White & Kit Kat) wuwuwu. Jadi mama kirimkan 5 pek Choki Choki untuk anak dia yang seorang ni. Hehehe. Sekarang tengah tunggu Choki Choki dari boyfriend. Hihihi mesti dia lupa ni!
Speaking of which, Encik Naim demam hampir seminggu dari Isnin hari tu. Isnin sampai Khamis demamnya. Risau sangat, lagi lagi bila aku tak ada untuk jaga dia waktu macam ni. Hari pertama puasa boleh siap gastrik lagi. Sampai tak larat nak naik bilik dia sendiri. Sedihnya rasa! Semalam bila dah elok sikit, boleh pulak call aku dan kata, "Rasa nak demam tiap2 hari lah, dapat rasa awak jaga" =____=' Tolong jangan demam tiap2 hari, sedih lah!
Esok terfikir nak buka dengan makanan luar, mungkin Burger Fuel? Atau kebab? Mana2 pun boleh (:
Sorry kalau entry macam 'bukan Hawa'. Entri ini ditaip sewaktu baru lepas bangun tidur dan apa sahaja yang ada dalam kepala dikeluarkan. Sekian.
p.s: Maaf tak ada gambar. Mula2 nak upload gambar, tapi bila fikir2 balik, mesti ramai teringin lepas ni. Dah la bulan puasa. Hohoho. Lain kali lah ye!

Comments
dah macam laki bini jer enkorang ni..hak2..oppsss (just meluahkan apa yg di kepala jugak, baru bangun tido gak ni) hehe
tunang pun belum lagi cik nisaaaaa. hekhek :"P
NASI LEMAK KUKUS PLAZA LARKIN FTW! Ayam goreng yang sedap tu hohoho
tak layan tak layan lalalala